2019.

Alhamdulillah setelah 5/6 tahun berhenti menulis di blog ini kini saya kembali menulis sebagai tribute untuk abah saya yang sedang melawan sakit-sakitnya.

Tahun 2019 adalah detik permulaan saya untuk ke fasa kematangan yang lebih mendalam iaitu dengan menjadi isteri dan di duga dengan abah  yang tercinta dengan tiba-tiba jatuh sakit. Semua ini menguji kesabaran dan kekuatan saya untuk melihat sejauh mana daya mampu tahan saya dan sedikit sebanyak mendidik saya untuk menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya.

Sejak dari kecil, antara mak dan abah saya memang lebih rapat dengan abah. Kalau saya sakit, abah lebih nampak jelas risaunya berbanding mak yang cool ( taknak tunjuk ). Mungkin sebab yang namanya anak perempuan lagi rapat dengan ayah dan anak lelaki lebih kepada mak.

Antara benda yang paling saya takut adalah rasa kehilangan, rasa kehilangan orang yang saya sayang. Rasa kehilangan mak dan abah. Tapi saya tak selalu fikir tentang rasa kehilangan tu sebab saya takut nak berdepan dengan realiti. Saya terlampau selesa dengan luaran mak abah yang nampak sihat sampai terlupa yang mereka berdua sudah meningkat usia.

Abah adalah seorang yang sangat ceria, kita taktahu bila masa dia sedih / bermasalah sebab reaksi dia sama senyum je. Paling-paling pun dia diam. Dulu mak selalu cakap “mana nak dapat abah macam abah” sebab abah ni sebaik-baik ayah. Dia support semua passion anak-anak dia. Layan anak-anak macam kawan. Kalau nak senaraikan kebaikan abah tak tertulis kat sini sebab banyak sangat.

Harapan saya, abah akan terus kuat melawan sakit-sakitnya dan mulakan hidup baru dengan lebih bersemangat sebab macam mana abah selalu cakap dulu “kakyong kena kuat sebab abah selalu ada untuk kakyong” macam tu juga kekuatan abah sebab kitaorang semua sentiasa ada untuk abah walaupun nanti keadaan tak sama macam dulu tapi sakit abah ni hikmah yang bermakna untuk keluarga kita. 

Sayang abah sampai syurga.

Terima Kasih. Jangan lupa datang lagi.

KICKSTART!

Assalamualaikum dan hi semua,

Dah hampir bertahun lamanya tinggalkan dunia blogger ni. Last update di blog lama dulu tahun 2013 tak silap, lama kan? huhuhu. 

Ok before apa-apa nak claim siap siap yang blog lama saya dulu blog marhaen yang tak popular pun cumanya masa zaman tu, ketagih nak menulis dan share cerita/ gambar. Time 2008 dulu mana ada lagi instagram, facebook dan segala macam sharing platform macam sekarang. Sebab tu excited nak menulis blog.

Skip pasal throwback dolu-dolu menulis blog. Sebenarnya tujuan utama sign up blog ni adalah untuk berkongsi pengalam jaga abah hari demi hari dan mana tahu tahun depan abah dah sihat boleh jadikan hasil penulisan ini sebagai hadiah atau publish buku tentang abah ( wow berangan kan hahah aminkan please ).

Akhir kata semoga saya terus istiqamah menulis hari demi hari. Hehe

Terima Kasih. Jangan lupa datang lagi.

MANIS ROSS